Sukan Asia Musim Sejuk 2017

Sukan Asia Musim Sejuk 2017 (Jepun: 2017アジア冬季競技大会, rumi: 2017 Ajia tōkikyōgitaikaicode: ja is deprecated ) ialah edisi ke-8 Sukan Asia Musim Sejuk. Temasya ini telah dihoskan di Sapporo dan Obihiro di Hokkaido, Jepun. Temasya ini pada asalnya dijadualkan pada tahun 2015, bagaimanapun, dalam perhimpunan agung Majlis Olimpik Asia di Singapura pada 3 Julai 2009, jawatankuasa memutuskan untuk mengalihkan Sukan kepada satu tahun sebelum Sukan Olimpik Musim Sejuk bergerak ke hadapan. Temasya ini bermula pada 19 Februari dengan upacara pembukaan (acara curling dan hoki bermula sehari sebelumnya) dan berakhir dengan majlis penutup pada 26 Februari.[1]Sapporo dan Obihiro telah dinamakan sebagai bandar tuan rumah pada 31 Januari 2011, sebagai bandar pembidaan tunggal. Kontrak pengacaraan telah ditandatangani oleh Tsunekazu Takeda, presiden Jawatankuasa Olimpik Jepun.[2] Ia merupakan kali ketiga Sapporo menjadi tuan rumah acara itu dan kali keempat di Jepun. Sebelum ini bandar ini mengadakan dua edisi pertama Sukan pada 1986 dan 1990. Sebelum menganjurkan Sukan Asia Musim Sejuk yang pertama, bandar ini juga menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk 1972 dan Sukan Universiti Dunia Musim Sejuk.[3]

Sukan Asia Musim Sejuk 2017

Penutupan dirasmikan oleh Timothy Fok
Naib Presiden Majlis Olimpik Asia
Upacara pembukaan 19 Februari
Penyertaan atlet 1,147
Stadium utama Sapporo Dome
Pembaca ikrar juri Masatsugu Odoka
Mai Mizuhori
Acara 64 dalam 11 sukan
Pembaca ikrar atlet Mari Motohashi
Go Tanaka
Bandar tuan rumah Sapporo dan Obihiro, Hokkaido, Japan
Penyertaan negara 32
Laman sesawang sapporo2017.org
Penyala obor Masahiko Harada
Pembukaan dirasmikan oleh Naruhito
Putera Mahkota Jepun
Cogan kata Beyond Your Ambitions (世界につながる、冬にする, Sekai ni tsunagaru, fuyu ni suru)
Upacara penutupan 26 Februari

Rujukan

WikiPedia: Sukan Asia Musim Sejuk 2017 http://www.insidethegames.biz/articles/1021846/sap... http://www.insidethegames.biz/articles/1043168/ath... http://aroundtherings.com/site/A__48538/Title__Sap... http://aroundtherings.com/site/A__58044/Title__Aus... http://www.deccanchronicle.com/international/asian... http://www.eurohockey.com/news-show/3106-news.html http://www.japantoday.com/category/sports/view/sap... http://mdn.mainichi.jp/mdnnews/sports/news/2011011... http://www.ocasia.org/News/IndexNewsRM.aspx?WKeger... http://www.ocasia.org/News/IndexNewsRM.aspx?WKeger...